Sunday, July 19, 2009

MAPEK'09..KARISMA menang lagi!!

MAPEK1

MAPEK

Photobucket


13 - 15 Julai 2009 bertempat di Dewan Sri Resak, KTDI UTM telah berlangsungnya MAPEK ataupun Majlis Pengenalan Kelab. Tujuan MAPEK ni tak lain dan tak bukan untuk memperkenalkan kelab-kelab di KTDI yang ceria ni...

Kelab-kelab ni dipaksa rela menyediakan dan mem'promote'kan kelab masing..
bermacam-macam booth dengan pelbagai ragam manusia kita dpt lihat di sana..

Semestinya Kelab KARISMA merupakan kelab paling kecoh, booth paling 'HAVOC'
dentuman-dentuman gendang dan tabla yg dimainkan kelab lain sedikit pun tidak menjejaskan reputasi kami..hehehe

Ahli2 senior kelab KARISMA ni mmg 'hyperactif' yg teramat..(kecuali penulis blog ni..haha)
kami menganjurkan permainan DAM BELUT, PUZZLE(gambar), RODA IMPIAN dan paling special KIRA BERAPA IJUD DALAM GAMBAR...
(P/S: Ijud tu pengerusi kelab, jadi gamba die terlalu byk...huhuhu)

Akhirnya, booth kelab KARISMA dinobatkan sebagai 'BOOTH PALING CERIA' mengalahkan sejumlah 10 booth yg dibuka..

Sebagai kemuncak, pelajar baru KTDI telah mendaftar dan memilih kelab pilihan masing2..
Kelab KARISMA juga menerima pendaftaran paling ramai sebanyak 70 orang!!

Syabas kpd AJK MAPEK KELAB KARISMA dan selamat menceburkan diri dalam arena kepimpinan kepada ahli kelab yang baru...

"REALISASI GENERASI INTELEK"