Sunday, June 21, 2009

sEjaRaH kELaB KARISMA

Tentang KARISMA

KARISMA merupakan nama singkatan bagi Kelab Pewaris Kepimpinan Mahasiswa yang wujud hasil gabungan persefahaman dan idealistik antara dua unit kepimpinan yang besar di Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) iaitu Projek Tunas Harapan (PTH) dan Briged Tunas Muda (BTM). Kelab ini mula ditubuhkan di atas tapak yang kukuh pada akhir semester 2 sesi 2003/2004, dengan kekuatan ahli dari dua buah unit.

Akan tetapi di awal semester 1 sesi 2004/2005, kebanyakan ahli telah bertukar ke kolej lain. Lantaran itu, jumlah ahli telah berkurang dan kini yang tinggal hanya 35 orang kesemuanya.

Pada tahun 2006 bilangan ahli semakin meningkat dan KARISMA telah melakukan penjenamaan semula dan kekal sehingga sekarang. Kelab ini semakin aktif dengan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.

Moto KARISMA

"REALISASI GENERASI INTELEK"

Objektif KARISMA

- Memberi khidmat kepada masyarakat
- Membemtuk mahasiswa berketerampilan, berkepimpinan, berwawasan dan berfikiran kreatif serta kritis

Rukun KARISMA

- Ikhlas
- Azam
- Disiplin
- Muhasabah diri
- Bertanggungjawab

Matlamat KARISMA

Melahirkan mahasiswa yang berkepimpinan dan berdedikasi

Halatuju KARISMA

- Menjadikan KARISMA sebagai sebuah organisasi yang mapan dalam memberi khidmat kepada masyarakat
- Melahirkan generasi yang berketerampilan
- Membentuk generasi yang berwawasan berakhlak dan cemerlang di dunia dan di akhirat

No comments:

Post a Comment