Tuesday, August 25, 2009

kUrSUs aSaS fAsILitaToR V.4

kursus asas fasilitator dari pandangan mata aku....

kursus asas fasilitator V.4 [version 4] 2009 telah diadakan pada 14, 15 & 16 ogos 2009...bertempat di dewan seri resak, kolej tun dr. ismail....

walaupun banyak kali ditangguhkan, sekejap kata 8 hb, sekejap kata awal bulan...lepas tuh baru la konefm buat 15 hb...alhamdulillah...akhirnya berjaya juga kursus ini diadakan untuk bakal2 fasilitator kelab KARISMA...



14 ogos 2009 ~ jumaat

aktiviti bermula malam...dengan seisi ice breaking bersama peserta...

antara wajah2 fasi2 senior yg suka datang menyemak...haha..~

lepas tuh baru lah bermula cabaran yg perlu dilalui oleh peserta2 KAF V4 pada kali ini...hehe..

explorace pada kali ini diadakan pada waktu malam...keadaan lebih mencemaskan lagi apabila secara sengaja, fasi2 senior telah menghilangkan seorang peserta....& tambah lebih gamat apabila seseorang yg bernama johari telah menelefon ahli kumpulan yg hilang peserta tersebut...keadaan gawat seketika...haha...

akhirnya...peserta yg hilang tersebut telah berjaya di jumpai...

setelah di bebel & mungkin juga di marah, akhirnya peserta di lepaskan pulang hampir jam 3 pagi...

hihihi...

nampak juga ukhuwah yg ingin di terapkan dalam aktiviti ini terlaksana...alhamdulillah...

15 ogos 2009 ~ sabtu

aktiviti pada pagi ini di mulakan dengan senamrobik...



& juga aktiviti membuat banner program sendiri oleh para peserta...

banner program yg dah siap...~

aku tak datang pada pagi nya...jadi aku sempat singgah pada petangnya..

kereta yg aku naiki telah di sekat oleh budak2 neyh yg menjalankan aktiviti explorace pada petang tersebut...haha..memang lawak...sampai ada yg kena marah dengan pemandu2 yg lalu-lalang di kawasan kolej...maklum la...sekarang masa konvokesyen...ramai orang luar yg masuk uTm..mungkin terkena kejutan agaknya apabila melihat pelajar2 kolej tun dr. ismail menahan setiap kereta yg lalu dan mengambil gambar kereta...

selepas asar, diadakan aktiviti sukaneka...

aktiviti pada malam nya bermula agak lambat...tapi agak cepat bagi fasilitator yg bertugas..



malam ini, diadakan aktiviti berjalan malam...bermula dari puncak balai cerap sehinggan ke kawasan markas palapes...

pelbagai peristiwa mistik yg mengganggu...mujurlah tidak melarat sehingga selepas program...

wajah fasi2 yg da letih giler...~

antara tujuan aktiviti ini di jalankan adalah untuk menguji semangat spiritual antara peserta2....

pelbagai peristiwa yg lawak juga berlaku...ada peserta yg berlari sejurus saja di lepaskan...mungkin kerana terlalu takut barangkali, ada peserta yg mengalunkan kalimah suci Allah secara kuat2 sambil berjalan...

aktiviti ini juga tamat hampir ke jam 3 pagi...fasi pun da ramai yg 'pengsan'...hehe...

16 ogos 2009 ~ ahad

aktiviti pada pagi nya di mulakan dengan senamrobik....

& selepas sarapan, terus bersambung dengan ceramah daripada abg dino yg bertajuk 'how to be a good fasilitator'...

diteruskan pula dengan aktiviti membuat modul sendiri...untuk setiap kumpulan...



pada petangnya, interview untuk memilih fasilitator terbaik diadakan...pelbagai gelagat yg dapat dilihat apabila setiap peserta cuba menonjolkan diri masing2....ada yg sanggup berbuat apa saja yg di arahkan oleh peng'interview'...tapi ada juga yg malu2 walaupun setelah 3 hari ber'program'...



majlis penutup kursus asas fasilitator diadakan pada sebelah malam nya...

& pembongkaran rahsia penculikan seorang peserta yg dilakukan pada malam pertama program juga diadakan selepas majlis penutup...haha...baru lah semua orang tahu apa yg sebenarnya berlaku...

secara keseluruhan, kebanyakkan aktiviti yg di rancang sangat memerlukan komitmen yg tinggi daripada peserta...

akhir kata, kursus asas fasilitator pada kali ini telah mencapai objektif nya walaupun mengalami pelbagai masalah dari segi perancangan & juga perlaksanaan...tetapi segala kekurangan tersebut telah berjaya dilitupi dengan baik oleh para fasilitator yg terlibat...

syabas di ucapkan..!!

kita tunggu pula kursus asas fasilitator V.5 [version 5] pada tahun 2010 nanti...

jumpa lagi..

adios...!!

No comments:

Post a Comment